kereta terjunam
TERACHI - Seorang wanita maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas sebelum terjunam ke dalam kolam pancing di Kampung Gedang di Kilometer 24.5, dekat sini, semalam.Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Suzimah Shuhaimi, 28, be­rasal dari Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor menaiki kereta jenis Honda berwarna putih dalam perjalanan ke Kuala Pilah menghala ke Seremban.Mangsa ditemui maut selepas kereta yang dinaiki dikeluarkan oleh Pasukan Penyelamat di Air (PDA) dari Port Dickson.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, kenderaan yang menghala ke Seremban dipercayai cuba memotong sebuah lori di hadapannya walau bagaimanapun tidak sempat kerana ada sebuah bas dari arah bertentangan.