jom maen clickclick jom:)

berjalanjalan melihat alam:)

me my self~~@@~~

My Photo
erkkk!!cahaya hidup:)well..that's mine..ma name >NORHAYATI MOHAMMAD<-->given by my great lovely parents:)..nothing special about me!!just veryveryvery like to smile even sum1 got angry with me:)uhuk2..

Sunday, July 03, 2011

kadang-kadang.....


assalamualaikum..


hai..

Dalam hidup ni banyak perkara yang kita tidak jangkakan akan berlaku. Orang biasa/selalu cakap 'expect the unexpected'. Kadang-kadang hidup ini di luar jangkaan kita. Kita tidak pernah terfikir apa yang pernah terjadi pada orang lain akan terjadi pada kita. Kadang-kadang kita tidak menginginkannya dalam hidup kita, tapi kita terpaksa melaluinya. Kadang-kadang kita tertanya-tanya adakah perkara sepeti ini, seperti itu, betul-betul wujud, pernah dialami orang, adakah orang macam itu, macam ini, wujud sehinggalah ianya terjadi kepada diri kita. Walaupun kita tidak menginginkannya dan tidak pernah terfikir, terlintas di fikiran kita. Kadang-kadang kita selalu menyoal diri kita kenapa kita macam ini, tidak macam itu, namun semua persoalan itu masih menjadi tanda tanya di benak kita sahaja. Tiada sesiapa yang mampu menghuraikan jawapan kepada persoalan itu. Akhirnya, mungkin kita akan terfikir yang ini semuanya adalah takdir kita yang Allah S.W.T telah tetapkan untuk kita. Kadang-kadang kita cuba mencari penyebab asal usul kenapa kita macam ini. Kita rasa pelik kenapa ianya terjadi kepada kita, berlaku kepada kita. 

Kenapa dengan kadang-kadang ini? 

Dari kecil, saya selalu terfikir kenapa hidup saya macam ini...kenapa saya melakukannya? Apa salah saya? macammana saya mampu melakukannya? sedangkan hakikatnya~~saya masih kecil lagi..Hidup <terlalu banyak ranjau dan cabaran, persoalan-persoalan yang tidak dapat dirungkai>..

Dan apabila meningkat dewasa, persoalan ini sekali lagi wujud dalam kotak minda saya. kenapa saya melakukannya? sedangkan saya tahu yang saya tidak pernah menginginkan kehidupan seperti ini..tidak pernah terlintas di fikiran yang suatu hari nanti saya akan jadi begini..sebelum ini memang saya tertanya-tanya wujudkah orang-orang seperti saya? benar-benar wujudkah mereka ini? atau hanya satu rekaan...Nauzubillahiminzalik..saya juga seringkali tertanya-tanya kenapa hidup saya tidak seperti orang itu? kenapa hidup saya tidak seperti orang ini? tapi... kita adalah kita, mereka adalah mereka...just be your self?

Hidup ini tidak selalunya indah. Walaubagaimanapun, setiap ranjau, cabaran, liku-liku kehidupan ini tetep perlu di harungi. Hargailah setiap ruang waktu yang ada. Bersyukurlah di atas nikmat kurniaan Allah yang Maha Penyayang lagi Maha mengasihani..

Betullah sebagaimana yang ramai orang maksudkan pada ayat ini:

....Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira....


mungkin seribu, sejuta kedukaan boleh kita sorokkan..tapi sampai bila??kadang-kadang ia terpancar di sebalik wajah kita yang sentiasa tersenyum biarpun dalam sedih dan berduka.

Hati dan perasaan susah ditafsirkan..semoga kita sentiasa dekat dengan yang Maha Pencipta, Ya Rabb. Amin:)




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cutekan!!!

Photobucket