jom maen clickclick jom:)

berjalanjalan melihat alam:)

me my self~~@@~~

My Photo
erkkk!!cahaya hidup:)well..that's mine..ma name >NORHAYATI MOHAMMAD<-->given by my great lovely parents:)..nothing special about me!!just veryveryvery like to smile even sum1 got angry with me:)uhuk2..

Saturday, July 23, 2011

La Tahzan!!!jangan bersedih~~


Assalamualaikum..


hurmmm...Allah sentiasa bersama kita. jika kita ditimpa musibah Allah sentiasa bersama kita..hanya kita sahaja yang lalai untuk mengingati Allah..jika sesuatu musibah menimpa diri kamu ucaplah innalillahiwainnailaihirojiun~~dari Allah swt kita datang, kepada Allah swt kita kembali~~

di sebalik kejadian yang tidak disangkakan pada 21072011, saya rasa sangat sedih..da rindu laptolaptop saya..tapi mungkin ada hikmah di sebalik kejadian nih..
jgn bersedih:)
menangis lah jika dapat meringankan beban:) tapi biarlah berpadapada..

bertenang lah wahai hati..berzikir lah supaya hati merasai ketenangan..menangislah jika itu dapat meringankan beban dirimu..

kadangkadang kita rasa musibah yang menimpa kita itu sangat teruk..sangat susah...tapi bila kita tengok dunia sekeliling kita..ramai lagi yang ditimpa musibah yang lebih teruk dan susah jika nak dibandingkan dengan masalah yang menimpa kita..bersyukurlah di setiap nikmat yang diberikan oleh Allah swt kepada kita..bersabarlah wahai hati:(
mari kita bersenyum~~dr en. google~~

di sini saya kongsikan sedikit info yang saya jumpa mengenai la tahzan-->


1)Yang Berlalu Biarlah Berlalu
Mengingati masa yang lalu dan bersedih dengannya merupakan suatu kebodohan dan bersikap gila.Selalu mengingati masa yang lepas adalah sebuah pembunuhan terhadap sebuah cita-cita.File masa yang lalu bagi orang yang  cerdik biasanya dilipat dan tidak diceritakan.Masa yang lalu ditutup dan dikunci rapat dalam peti lupa,sebab ianya sudah berlalu dan telah berakhir.
Selayaknya umat manusia tidak perlu menoleh kebelakang ..hembusan agin ke hadapan,rombongan kafilah bergerak kedepan..oleh itu janganlah menyalahi sunah kehidupan.
Allah telah menyebut dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada kaum kaum terdahulu seperti dibawah
Allah s.w.t telah berfirman (Al-Baqarah:141)
Yang maksudnya berbunyi:
“Itu adalah umat yang lalu”
Kita sering terlena dengan istana istana indah dan menangisi keruntuhan yang telah berlaku.Ingatlah jika manusia dan jin dikumpulkan untuk mengembalikan apa yang telah berlalu nescaya gagal dan tidak mampu kerana ianya mustahil.

2)Biarkan Masa Hadapan Datang Sendiri
Allah s.w.t berfirman (Al-Nahl:1) yang bermaksud:
“Telah pasti datang ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan(datang) nya”
Jangan sesekali mendahului peristiwa yang belum terjadi.Adakah anda ingin melahirkan anak sebelum sempurna hamil?Adakah anda ingin memetik buah sebelum tiba masak?
Mengapa kita perlu sibuk untuk hari esok,mengapa kita berasa bimbang terhadap malapetaka ,peristiwa hari esok sedangkan kita belum tentu menjumpai hari esok.
Apa yang amat penting ditanam dalam fikiran kita ialah hari esok masih lagi dalam alam ghaib.Memberi peluang yang luas kepada akal fikiran untuk memikirkan masa hadapan dengan seolah kita membiarkan diri kita dibawah pengaruh panjang angan-angan.
Sesunguhnya ianya tindakan yang dimurkai oleh hukum syariat.Meramalkan suatu yang bakal terjadi pada masa hadapan adalah tindakan tercela berdasarkan hukum akal yang sihat.
Kebanyakan dunia sekarang nie asyik berfikir dan berkira pelbagai peristiwa yang bakal berlaku seperti penyakit,bencana kelaparan dan kemiskinan yang menimpa manusia.
Sesunguhnya ia tidak membawa menfaat kepada kita,ia merupakan kajian kajian syaitan sebagaimana :
firman Allah S.W.T (Al-Baqarah:268) yang bermaksud,
Syaitan menjanjikan(menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir);sedangkan Allah menjanjikan untuk mu ampunan daripadaNya dan kurnia.Dan Allah Maha Luas(kurnia-Nya)lagi Maha Mengentahui”
Jadi janganlah ditunggu hari esok biarlah ia datang sendiri dan sibuklah untuk hari ini dan janganlah sesekali panjang angan -angan dan usah ditanya pasal hari esok.

P/s: Sebuah buku yang bertajuk La Tahzan : Jangan Bersedih dikarang oleh Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. Buku ini merupakan hasil kajian bersungguh-sungguh dari penulis yang cuba menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, keputusasaan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi. Kat MPH ada jual buku ni tau:)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cutekan!!!

Photobucket